Thursday, 29 August 2013

Seminar Minda Magnet Rezeki (MMR)

Apa tu?
Seminar Minda Magnet Rezeki?
MMR?
Ellehhh.
Sama je macam seminar lain tu.
Boring aih.
Dok dengar je.
Ngantuk.
Zzz~

Haaa~
Tu yang uols silap.
Ekceli Aween nak share tentang seminar ni.
Kenapa Aween sangat teruja dengan MMR ni.

Bagaimana Aween tahu pasal MMR ni?
Jawapannya ialah, by my friends a.k.a kakak angkat yang invite me ke dalam closed group Smart Tycoon (STG).
Dari situ, Aween selalu baca pasal testimoni-testimoni produk. 
Dan suatu hari, Aween terbaca pulak pasal MMR ni.
Lepas tu lagi, nampak pulak Projek Istimewa 3K.

Aween yang tengah excited, darah muda membuak-buak (muda laa sangat khenn?!), Aween start searching, reading and try to understand.
Wowww!!
Menarik.
Bagaimana MENJEMPUT REZEKI?

Haa~
Tu lah korang dok pulun cari rezeki.
Rupa-rupanya JEMPUT REZEKI lagi senang taw.
Ada teknik-teknik yang diajar.

Selain dari diajar tentang bagaimana menjemput rezeki, kita juga akan diajar tentang bagaimana nak capai 5K.

RM5,000.00??
Bukannn.

5K ialah : -

Kesihatan
Kebahagiaan
Kejayaan
Kekayaan
Keberkatan

Ish!
Ni yang tak sabar ni.
Tak sabar betui nak JEMPUT REZEKI bagi melekat-lekat kat badan ni.
Hutang banyak nak bayar ni.
Kot laa dapat JEMPUT REZEKI ni banyak-banyak, boleh laa buat bayar hutang khenn. 

Sesiapa yang tak yakin, tak faham tentang apa itu MMR dan apa kebaikannya kepada uols, please please please don't hesitate to call me.

Aween nak sangat ajak uols especially yang sedang mencari-cari side income / passive income dan jugak yang mencari arah dalam hidup, mencari arah dalam perniagaan, uols ni laa golongan yang paling sesuai sekali join seminar ni.

Tak rugi.
Kalau uols takde bisnes pun, uols still boleh aplikasikan ilmu ni di dalam kehidupan seharian uols.

Seminar ini bakal diadakan pada 5 Oktober 2013 di Kajang.

Sesiapa yang berkelapangan boleh join, tambah ilmu dan pengetahuan.

Bayaran?

RM699 je uols.
(Untuk pasangan tambah RM100).
(Sah sehingga 31 Ogos 2013).

Selepas tarikh tersebut, bayaran akan dinaikkan kepada RM995 (untuk pasangan tambah RM150).

Fast action, fast result.

PM me thru FB Aween Razak or WhatsApp/WeChat 012-2709400.

^_^


Tuesday, 27 August 2013

Isu kelulusan KKM berkaitan produk Hai-O

Alhamdulillah.

Bersyukur kerana ada seseorang bertanyakan tentang isu kelulusan terhadap produk Hai-O.

Secara tak langsung, Aween kena cari lagi ilmu supaya Aween boleh jawab apa-apa saja pertanyaan bakal pelanggan / rakan kongsi. 

Ok.

Di sini Aween nak share kelulusan KKM untuk 2 produk Hai-O.

Ini adalah kelulusan KKM untuk Hai-O Garlic Tablet.


Ini adalah kelulusan KKM untuk Herba Maharani.

Ok uols. 

Lepas ni dah tak perlu risau lagi tentang kelulusan KKM terhadap produk keluaran Hai-O.

Sebagai syarikat yang tersenarai di dalam Bursa Saham Malaysia, Hai-O pastilah akan menjaga standard terhadap produk keluarannya.

Hai-O tersenarai di dalam Bursa Malaysia.

Personally, Aween sangat-sangat yakin dengan produk-produk keluaran Hai-O. 

Bermula dengan Premium Beautiful, kemudian mencuba Mineral Coffee, diikuti dengan Bio-Ever, Maharani, Mineral Essence Bar, Body Wash & Shampoo dan terbaru Garlic Tablet.

Semuanya ohsemmm for me & my family.

Dan ini adalah antara sebab kenapa Aween berada di dalam Hai-O, memilih perniagaan ini untuk majukan diri, keluarga, bangsa & agama.

In shaa Allah nanti Aween akan tuliskan sebab mengapa Aween memilih untuk berjuang bersama dengan Smart Tycoon Group.

I AM A MONEY MAGNET!!

Friday, 23 August 2013

Bertabahlah

Dugaan.
Bertabahlah.

FB Aween Razak kena block.
Tak boleh add friends.
Tak boleh reply message kepada yang tak friend.
Kejadian ini akan berterusan selama 7 hari.

Aween mohon, kepada sesiapa yang terbaca post-post Aween di mana-mana then ingin bertanyakan tentang produk yang Aween tawarkan, Aween minta sangat-sangat uols sudilah add Aween as friend dulu.

Sebab, bila kita tak friend, mesej uols tu akan masuk ke folder Others.
Kadang-kadang Aween tak perasan pun mesej masuk kat folder Others sebab tak dapat notification.
Dengan rendah hatinya Aween nak minta maaf kepada uols yang dah PM Aween tapi Aween tak reply mesej uols.

Sumpah! Tak sengaja.
(Kecuali yang sent mesej nak berkenalan bagai tu, 
memang Aween tak layan. Harap maklong).



Wednesday, 21 August 2013

Surah An-Nahl yang bermaksud Lebah

Dan orang yang berhijrah kerana Allah setelah mereka dizalimi, pasti Kami akan memberikan tempat yang baik kepada mereka di dunia. Dan pahala di akhirat pasti lebih besar, sekiranya mereka mengetahui.
[An-Nahl 16:41]

(Iaitu) orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal.
[An-Nahl 16:42]


Malam tadi lepas solat, mengaji sekejap then mata tu terpandangkan terjemahannya.

Subhanallah! Maha Suci Allah!
Ayat ni sangat-sangat kena dengan diri Aween.
Aween rasa macam seolah-olah Allah sedang 'pujuk' Aween dengan ayat ni.
Ayat ini sangat-sangat menyejukkan dan mendamaikan hati.

Sesungguhnya, tidak terbatas kekuasaan-Mu Ya Allah.


Entry panas terbakar meletop kebabom

Subhanallah!
Tidak terbatas kekuasaan-Mu Ya Allah.

Terima kasih kepada sahabat yang berkongsi link blog tersebut.
Ya! Ia sangat membuka hati dan minda Aween.
Dan, kekecewaan Aween yang tidak terucap, telah diluahkan oleh seorang hamba Allah yang merasakan ketidak-adilan di situ.
I'm not blame the company.

Tapi mungkin betul laa, sebab ketamakan manusia tu sendiri.
Siapa yang labur banyak, disayangi.
Siapa yang labur sikit, tidak dipeduli.
Aween dah rasa dah.

Pokok pangkalnya, jika ingin berniaga atau menjadi usahawan, tetapkan niat dan matlamat.
Untuk apa? Untuk siapa? 
Nak berjaya dengan cara yang bagaimana?

Lagi satu, yang paling penting.
ILMU!!
Tanpa ilmu, kita tidak akan berjaya.
Kita hanya akan ikut je cakap orang, walaupun sedar macam ada sesuatu yang tidak kena.

Sepatutnya, bila dah mula rasa something fishy tu, cepat-cepatlah kaji balik kat mana yang something wrong tu. Then, cepat-cepat cari jalan penyelesaian untuk keluar.

My own experience, bila Aween dah mula rasa tidak selesa, rasa tak enjoy, rasa tak tercapai hajat di hati, Aween luahkan dekat kawan-kawan rapat. 
Yang Aween percaya diorang memang akan bagi nasihat yang baik. 

Alhamdulillah.
Setelah mendengar, mempertimbangkan, menapis sehalus-halusnya, mohon petunjuk dari Illahi, Dia tunjukkan juga Aween jalan keluar.
Siap dengan pakej keberanian.
Haaa~

Sekarang Aween rasa sangat enjoy doing my business.
Great mentor, great group.
Tak pernah jemu memberi tunjuk ajar.
Rasa sangat bertuah kerana Allah tunjukkan ke mana jalan yang harus Aween tuju.


Terkadang, kita dipertemukan dengan orang yang salah. 
Bukan bermakna Allah tak sayang kita. 
Tetapi, Allah nak kita belajar untuk lebih mensyukuri nikmat baru yang diberi. 
Allah nak kita belajar untuk menilai mana yang lebih baik untuk diri kita dan orang-orang di sekeliling kita.

Yang terbaik untuk kita, tak semestinya terbaik untuk orang lain. 
Yang terbaik untuk orang lain, tak semestinya terbaik untuk diri kita.

Kita berhak untuk memilih dan mendapatkan yang terbaik. 

^_^


Tuesday, 20 August 2013

Healing Crisis Herba Maharani

Healing Crisis - Pil Maharani, Info yang anda perlu ketahui.




Tindakbalas Sementara Yang Mungkin Berlaku

1.Pening kepala, pipi, badan & telinga berasa panas, demam, belakang tengkuk dan sendi terasa sakit
Gangguan peredaran darah, asid amat tinggi dalam badan, tekanan darah tinggi atau rendah.

2. Mengantuk, letih, tekak kering dan dahaga
Kandungan gula dalam darah tinggi sedikit. Kolestrol dan asid tinggi.
Tukar cara makan. Makan waktu malam sebelum tidur.

3.Tidak mahu tidur
Kekurangan kalsium
Makan pagi sahaja.

4.Sakit pinggang dan lemah bahagian badan
Peredaran darah dari buah pinggang tidak teratur (kotor) atau banyak toksid

5.Kerap buang air besar / berdarah
Usus besar & sistem penghadaman lemah / kurang berfungsi

6.Panas & berpeluh – peluh
Kekurangan klorofil dalam badan. Kolestrol agak tinggi. Asid & toksid agak tinggi

7.Kerap kencing
Masalah pada pundi kencing. Gangguan peredaran darah, asid tinggi

8.Terasa sengal-sengal badan
Masalah system saraf, hormon tidak seimbang

9.Kitaran haid berubah ( lewat / banyak )
Hormon tidak seimbang. Kelemahan system ovari

10.Batuk keluar darah
Sistem paru-paru rosak. Ada darah beku dalam salur darah terutama pada paru-paru

11.Keluar jerawat
Darah kotor. Banyak toksid & asid

PENYELESAIAN :
JIKA BERLAKU 11TINDAKBALAS DI ATAS, BANYAKKAN MINUM AIR. PASTIKAN AIR YANG DIAMBIL ADALAH BERKUALITI.

Mengapa ada tindakbalas????

Kerana berlaku pemulihan dan peningkatan dalam tubuh badan kesan daripada :-
Cara pemakanan yang tidak seimbang.
Suasana tempat kerja yang tidak banyak pergerakan.
Kawasan kediaman yang terdedah kepada pencemaran dan sebagainya.

Tidak semua wanita yang mengamalkan herba Maharani atau ubat perangsang wanita ini mempunyai tindakbalas yang sama, ianya berbeza, bergantung kepada tahap & kesihatan dan kelemahan organ seseorang.

Untuk mendapatkan Herba Maharani ni, just WhatsApp/WeChat Aween 012-2709400.

^_^

Monday, 19 August 2013

Projek Istimewa Smart Tycoon



Ramai yang pm saya bertanyakan tentang Projek Istimewa Smart Tycoon, macam mana nak pegi Seminar Minda Magnet Rezeki (MMR), macam mana nak jadi konsultan, apa beza buat biz dengan Smart Tycoon berbanding dengan group lain dan lain-lain lagi. So saya jawab sekali lah yer.

Pakej Istimewa Smart Tycoon. Mengapa di namakan Pakej Istimewa?

i) Sebab confirm tak jumpa kat group lain walaupun mereka buat pakej lebih besar dan di syarikat yang sama.
ii) Modal pakej yang kecil. Hanya 1/7 sahaja berbanding dengan pakej group lain tetapi keuntungan lebih dari itu. Wow!!
iii) Tak perlu berhutang dengan bank berpuluh tahun (dicampur faedah dah kena bayar double!!).
iv) Modal patah balik dalam masa 2 jam – 30 hari. Pembelian adalah cash. Takde hutang-hutang.
v) Biz partner cepat independent – so anda boleh 
cepat dapat passive income seawal 3 bulan hingga setahun.

Anda akan di coach oleh mentor yang berpengalaman, yang telah buat biz ini dari 4 - 8 tahun. So kami dah lalui zaman Premium Beautiful (saya dan mentor Shima adalah CDM Premium Beautiful - pakar la ni. Tanya apa sahaja, manakala mentor Rozi, Elmy, Nor Iasyah dan 5 CDM lain bawah kami adalah CDM PB + Bio Aura atau CDM Bio Aura. Dan Mentor Aisyah & Cikgu Hafiz CDM Bio Ever & V3SR!! So, kami dah masak dengan strategi dan selok belok biz. Insya-Allah. Setakat ini, kami sangat bahagia dengan Pakej Istimewa - setakat ni tak jumpa biz partners marah sebab barang tak laku or orang tak bayar hutang or menyesal or susah nak convince orang buat biz or bulan ni ada bonus, bulan depan mungkin takde. NO!! Yang marah sebab barang tak cukup stok ramai!! :):)

- Kredit to my mentor Puan Norazlin Nordin.


Sebarang pertanyaan lanjut, sila pm di FB Aween Razak atau WhatsApp/WeChat di 012-2709400.

Ada banyak lagi yang Aween nak share tapi kena add uols ke dalam secret group STG. Dalam group ni ada tersangattt banyak testimoni yang telah dikongsi oleh pengguna-pengguna produk Hai-O Marketing. Ada testimoni tentang Mineral Coffee, Maharani, Bio-Ever Nano Cream, Bio-Velocity Sleep Mate, Garam Buluh, BB Plus Collagen dan banyak lagi. Tell me if berminat then Aween akan add kan uols ke dalam secret group tu k! 



Sunday, 18 August 2013

Inspirasi

Sedikit perkongsian, hasil 'buah tangan' Anis Choc Moist Cake.



Di kalangan kita ada yang tiada semangat, ada yang dah putus harapan..hopeless..

Kita yang menjadi orang terdekat mereka patut selalu memberi semangat pada mereka. 

Jangan biarkan mereka keseorangan, tanpa dorongan..

Fahamilah, manusia memang perlukan seseorang untuk 'push' mereka..

Untuk mengingatkan mereka bahawa,

It's not the end of the world!!

And...

It's never too late!!..






Antara insan-insan yang ada sentiasa untuk Aween di saat Aween memerlukan :

.
.
.
.
.


Ok takmo cakap.

Sebab takut ada yang terasa kalau namanya tidak disebut.

Takpe Allah tahu.

Kepada kalian, terima kasih yang tidak terhingga kerana sentiasa ada di saat Aween memerlukan. 

Mungkin tak semua Aween share.

Ada sesetengah perkara Aween share kat A. 

Ada sesetengah perkara Aween share kat B.

Tapi apa-apa pun, nasihat, pandangan, cadangan, pujukan dan sebagainya tersangatlah Aween hargai.

Terima kasih kerana sudi mendengar rintihan ini.

Terima kasih kerana sudi menasihati diri ini.

Terkadang, kita tak sedar apa yang telah kita lakukan atau katakan sehingga ada orang yang menegur kesilapan kita.


Terkadang, kita dipertemukan dengan orang yang salah. Bukan bermakna Allah tak sayang kita. Tetapi, Allah nak kita belajar untuk lebih mensyukuri nikmat baru yang diberi. Allah nak kita belajar untuk menilai mana yang lebih baik untuk diri kita dan orang-orang di sekeliling kita.

Yang terbaik untuk kita, tak semestinya terbaik untuk orang lain. Yang terbaik untuk orang lain, tak semestinya terbaik untuk diri kita.

Kita berhak untuk memilih dan mendapatkan yang terbaik.


Marine Essence Beauty Bar


BAHAN-BAHAN UTAMA SABUN CERAH KETIAK a.k.a Marine Essence 

(melembutkan dan memutihkan kulit serta celah lengan & paha sesuai untuk yang ada masalah kulit)

Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.

Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.

Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
Merupakan pelembap kulit yang terbaik.

Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.




Ini pula testimoni dari kawan ofis Aween yang telahpun menggunakan Marine Essence Beauty Bar ni. 




Untuk pengetahuan uols, kakak ni baru je guna sehari sebelum raya.
(Sesiapa yang friend dengan Aween kat FB Aween Razak boleh tengok post ni).

Masa ni kakak ni beli seketul je dulu, then hat lagi 2 ketul Aween 'rembat' untuk pakai sendiri.

Khamis last week lepas Aween masuk kerja after cuti raya, terus kakak ni nak order lagi.

Can you see how best is the sabun? 

Hehehe~

Nak try? Nak beli seketul pun dulu boleh. 

RM105/box (3 ketul).
RM35/seketul.

Blog bersawang

Aiyooo.
Apa ke hei nye si Aween ni x reti-reti update blog?
Raya da abes da Aween ooiii.
Ahaha~
Bersawang sudah.
Oleh yang demikian, marilah mari, kita mengundi.
Eh! Eh!
Jangan melalut.
Moh kita update blog yuk!


Monday, 5 August 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2013


Wahhh!!

Semua dah excited nak celebrate raya.

Aween pun rasa excited jugak sebab ini kali pertama raya yang betul2 raya.

Last year beraya dalam pantang, so tak best sebab tak dapat melaram baju raya, tak dapat berjalan sakan, makan pun kena catu.

Tahun ni dah beli 2 pasang baju, cukup laa kan?
Selebihnya untuk anak-anak laa.

Tak sabar nak balik kampung, nak rasa suasana menyambut malam raya di kampung.
This year Aween beraya kat kampung suami.
Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Mungkin raya ke-3 Aween akan balik kampung Aween pulak.
Kat Taman Bukit Chamang, Bentong.
Tak sabarnyaaa lahaiii.
Ngalahkan budak-budak.

Apa-apa pun, selamat memandu pulang ke kampung.
Berhati-hati di jalan raya.
Pastikan kenderaan telah diservis sebelum memulakan perjalanan.
Jangan lupa kunci pintu tingkap segala.
Kalau rumah ada cctv, make sure uols on k!
Pastikan semua suis dan paip ditutup supaya tiada pembaziran berlaku.
Dan, laporkan kepada polis bahawa uols balik kampung supaya pak polisi boleh tolong tengok-tengokkan rumah uols.

Last sekali, Aween nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pelanggan, bakal pelanggan, bakal rakan kongsi dan sahabat handai sekalian.

Semoga ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan dan bulan-bulan mendatang diterima oleh-Nya dan diberi pengampunan serta rahmat.




Thursday, 1 August 2013

Garlic Tablet & manfaat yang boleh didapati daripadanya

Uols suka makan bawang putih? 
Kalau untuk memasak tu lain cerita.
Kalau disuruh atau terpaksa makan uols sanggup tak telan/kunyah bawang putih macam tu jer?
Confirm takde siapa yang sanggup kan?

Apa kata uols cuba makan Garlic Tablets ni. 
Berikut merupakan sedikit penerangan berkenaan Garlic Tablet.



Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, pada masa yang sama menyingkirkan rasa tajam dan bau yang tidak menyenangkan, serta mengekalkan keberkesanan dan nutrisi bawang putih. Bawang putih mengandungi puluhan ramuan yang berguna termasuk: 33 jenis sulfida, 17 jenis asid amino, mineral termasuk germanium, kalsium, besi, kalium, magnesium, selenium, zink dan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin C dan sebagainya. Ia amat berguna untuk melawan kolesterol dalam badan dengan membekalkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) serta mengurangkan trigliserida. Hai-O Garlic tidak merangsangkan membran lendir perut, mudah diserap oleh usus kecil dan kesannya berlipat ganda.

Apakah kesan bawang putih?
Bawang putih kaya dengan nutrien, komponennya berfungsi untuk membantu menyelaras insulin, menurunkan lemak darah, melambatkan proses penuaan, mencegah artritis, membasmi kuman dan melegakan keradangan dan mencegah mutasi sel.

Adakah mulut berbau selepas mengambil Hai-O Garlic?
Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih untuk menyingkirkan rasa tajam dan baunya yang tidak menyenangkan. Maka mulut tidak akan berbau selepas mengambilnya.

Jika bawang putih ditambah dalam lauk seharian, adakah kita perlu mengambil lagi Hai-O Garlic?
Sebahagian besar nutrisi bawang putih telah dirosakkan selepas bawang putih dimasak dalam suhu tinggi. Namun, Hai-O Garlic mengaplikasikan teknologi canggih untuk mengekstrak intipati bawang putih, dapat mengekalkan nutrisi bawang putih dan lebih sihat untuk badan.

Adakah nilai nutrisi bawang putih lebih tinggi jika ia dimakan terus?
Jika bawang putih dimakan terus, ia perlu dihiris dan terdedah kepada udara kira-kira 15 minit supaya ia dapat bergabung dengan oksigen untuk menghasilkan allicin. Kemudian ia perlu dikunyah dengan seragam demi memastikan nilai nutrisi bawang putih dapat berfungsi sepenuhnya. Namun, rasa bawang putih yang tajam dan meninggalkan bau busuk dalam mulut, dan menyebabkan kebanyakan orang tidak dapat menerimanya.

Bolehkah kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil Hai-O Garlic?
Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke bawah tidak dicadangkan untuk mengambil, sementara kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas pula perlu mengurangkan saiz pengambilan kepada separuh. Nilai nutrisi bawang putih adalah tinggi, dapat menguatkan daya keimunan dan stamina bagi ibu mengandung. Jika ibu mengandung mempunyai tanda keguguran atau sering menghadapi masalah keguguran, terutamanya mereka yang bersusuk badan panas, adalah dicadangkan supaya mengelakkan makanan pedas seperti bawang putih dan cili.

Ramuan Utama
Bawang putih

Keberkesanan
  • Membantu menurunkan kandungan lemak darah dan kolesterol darah, mencegah penyakit kardiovaskular dan arteriosklerosis.
  • Menghalang pembekuan darah untuk  mencegah berlakunya trombosis.
  • Membantu dalam fungsi penghadaman dan membuka selera, melegakan perut kembung dan ulser peptik.
  • Membasmi kuman dan keradangan serta mencegah jangkitan penyakit.
  • Membantu menyelaras gula darah dalam badan.
  • Menggalakkan peredaran darah dan metabolisme.

Cara Pengambilan
Dua kali sehari, 2 biji setiap kali, diambil dengan air suam.



Hat bawah ni testimoni dari salah seorang pengamal Garlic Tablets ni.




*Klik gambar untuk tumbesaran.
Kepada sesiapa yang nak kempiskan perut dan buang angin-angin dalam badan, boleh dapatkan Garlic Tablets ni pada harga hanya RM31.60 / 80 tablets.


Pm/WhatsApp/WeChat Aween 012-2709400.

^_^